Bloggers Reader

Tuesday, January 6, 2009

Yay!! Da start sekolah!

hari pertama persekolahan bermula, rata-rata kelihatan ibu-bapa menghantar anak anak mereka kesekolah. Meriah betul aku tengok, adik adik kecil berbaju baru, kasut baru, botol air baru, semua baru belaka. heheeheh semangat tengok dorang melangkah ke alam persekolahan.

Teringat time kecik kecik dulu, heppy dapat jumpa kawan kat skolah, balik dari skolah cerita macam macam pengalaman kat mak ngan abah, dan apabila meningkat dewasa barulah aku tau, didikan yang ditimba dari hari pertama persekolahan hingga aku melangkah ke Universiti banyak membantu aku dalam kehidupan. Alam persekolahan mengajar kita A,B,C untuk kita mengeja dan 1,2,3 untuk kita mengira, dari kanak kanak hingga ke remaja, oh...rindu betul aku tapi masa berlalu dan terus berlalu...

Betul la kata pepatah, carilah ilmu hingga ke China, sebab apa? kenapa tak ke India ke, Mexico ke? Rusia ke? itu sume korang jawablah sendiri.

No comments: