Bloggers Reader

Monday, January 5, 2009

Harga tiket wayang plak naik!

Harga tiket untuk menonton wayang telah dinaikkan, sama ada itu hanya cadangan yang belum terlaksana atau akan dilaksanakan aku memang bantah sekeras-kerasnyerrr! Dari RM10 akan dinaikkan kepada RM20! Ceh! Berbaloi ke naikkan harga ticket wayang? PPFM ke yang bagi cadangan yang tak masuk akal ni?! Tak tahu ke yang cadangan tak berakal ni yang hanya main cadang ikut mulut tanpa memikirkan kesannya akan membuatkan lanun-lanun cetak rompak bersorak gembira sakan. Ape kejadahnya nak naikkan, nak hadkan filem dari Hollywood sebanyak 20 filem jer dalam setahun tak menjadi masalah besar pada kitorang yang penonton wayang tegar!

Kalau cadangan ini dilaksanakan memang giler tak habis gilernya la, cetak rompak akan semakin menjadi-jadi, sana sini lanun-lanun tu ada. Kat pasar malam, tepi jalan, lanun jual secara bergerak dari meja ke meja makan yang lain, sambil buka kedai burger sambil jual DVD cetak rompak!! Ape ke hal?? Kononnya cadangan yang diberikan itu nak rakyat Malaysia sendiri support balik filem tanah air, tapi dengan cara menaikkan harga ticket adalah tidak wajar sama sekali. Ini akan mendorong penentangan secara habis-habisan oleh pengemar filem luar negara.

Masalah filem dalam negara kita masih lagi di bawah taraf yang amat rendah jika dibandingkan dengan filem-filem negara lain. Jepun sebuah negara yang kecil jer, tapi boleh mengantarabangsakan filem hantunyer?? Tu nak cakap macam mana plak? Takkan Malaysia takleh nak buat pekara yang sama? Director yang sedia ada di Malaysia ni, fikirkanlah sesuatu yang baru dan buat something yang orang lain belum buat dan cuba tebusi pasaran antarabangsa barulah mendapat sokongan dari luar lebih-lebih lagi sokongan dari negara sendiri. Menaikkan harga ticket adalah satu tindakan yang tidak relevan, kerana ia hanya mengembirakan lanun-lanun cetak rompak sahaja. Nak rugi boleh, teruskan sahaja cadangan itu. Kalau nak balance, baik fikirkan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

2 comments:

Adam said...

sile naikkan tiket wayang .. biar owner tak dapat nak tengok wayang lagi .. wakakakkakakaa! :p

Putera Parsi said...

Harga tiket wayang telah diselaraskan di semua tempat heheeheheh melainkan harga diskaun dikalangan pelajar sahaja...heheheeh