Bloggers Reader

Tuesday, January 6, 2009

P A R A N O R M A L


Pernahkah korang terdetik dihati, apakah itu entiti? paranormal? atau lebih dikenali sebagai 'antu'? Harini aku nak berkongsi cerita dan pengalaman aku tentang paranormal nih.
Biasanya kisah entiti ni dikaitkan dengan kematian dimana roh si mati ini tak diterima oleh bumi dan roh inilah kebiasaanya yang diceritakan oleh pelbagai pihak, ada dikalangan mereka dapat merakam gambar entiti tersebut. Tetapi, sejauh mana kebenaran yang boleh dikaitkan dengan kewujudan entiti ini dengan keadaan semasa yang serba canggih dan moden.
Pada tahun 2004/05, aku ditemani beberapa kenalan cuba untuk merakam entiti di pelbagai kawasan sekitar lembah kelang. Jadi kami pergi ke pelbagai lokasi seperti 'tanah perkuburan seputih, highland towers, rumah tinggal di bukit tungku, dan satu rumah pondok usang di sekitar Petaling Jaya'.



ermmm... semua tempat diatas memang menyeramkan "aku pun tak berani sangat sebenarnya", al maklumla aku nih driver jer. Di setiap lokasi aku akan bukak Video Cam untuk tontonan kami time kami balik nanti, "ni citer betul-betul" huhu~~ Ermmm seperti yang aku cakap tadi, kami pergi ke satu rumah pondok usang kat pj ni. Sampai jer kat sana, bulu aku meremang, yerla pokok kat situ sebesar 4,5 pemeluk. Aku da siap siap baca doa ape yang aku tau, keadaan kat situ sunyi sepi, maklumlah, area tu semuanya bunglow, rumah mewah tetapi ada satu rumah papan yang berada di tengah tengah?! tak ker pelik tu? kenapa tak dirobohkan?


So, kami parking betul betul di halaman pondok tersebut, ermmm gate nye berkunci, mungkin didiami oleh seseorang. Ikutkan hati nak jugak ajak dorang redah jer tempat tue, tapi kalau polis datang sia sia jer kene cekup. Jadi didalam kegelapan malam tu, aku pun bukaklan Video cam tue dalam mode "night vision". ermm keadaan sunyi tu buat aku tak selesa, ermmm bulu tengkuk pun meremang, dan aku terperasan ada kelibat memerhatikan kami, so aku pun rasa gelabah la. yang boleh aku katakan, lembaga tersebut didalam keadaan transparent, berambut panjang (mesti perempuan kan). Seb baik tak bawak paku, kalau tak sia sia jer aku tukul kat leher die...heheeheh


(gambar hiasan)

Sampai jer di kampus, kami memehati balik rakaman video tersebut, terperanjat aku tengok! memang ada lembaga perempuan tue... huhuh seb baik tak masuk, kalau die rasuk la salah sorang dari kami, mampos!

Sebenarnya, aku tak mintak pun untuk melihat benda benda ghaib ni, aku pun tak sanggup nak lihat benda benda di luar pemikiran manusia, yang pastinya didalam al-quran ada menyatakan tentang jin dan syaitan. Kadang kadang tu, tengok Niyang Rapek da cuak, nikan pulak nak jumpa, MasyaAllah.. Itu jerla pengalaman yang boleh aku kongsi, kalau korang sume ada pengalaman yang lagi menarik, bolehla cerita kat aku heheheehe

4 comments:

Adam said...

ko kena tengok gak spesis hantu ni .. kahkahkah! baru gempakz!!

Putera Parsi said...

spesis aper? kalau da nama antu semua hantu... heheeh

Gerrard said...

hahha.. sile apdet.. jangan mengulat!!

;p

http://siongberantai.blogspot.com/

MisZ SuE said...

hehe..
antu2..